Kategori Dan Punca Remaja Lari Dari Rumah Untuk Mencari Kebebasan Luar
MASALAH pelajar lari dari rumah sebenarnya bukan hanya membabitkan kes tidak pulang sehingga beberapa hari atau berminggu-minggu, malah ia sebenarnya turut merangkumi kes remaja dikesan 'lari beberapa jam' semata-mata kerana mahu mencari kebebasan di luar.
Kategori pertama adalah pelajar yang keluar rumah selepas sesi persekolahan dengan tujuan melepak bersama rakan sebaya di kompleks beli-belah atau kedai kopi kerana tidak selesa tinggal di rumah dan mereka ini hanya pulang menjelang lewat petang setiap hari.
Kategori kedua pula,pelajar yang sengaja keluar rumah beberapa hari dengan memberi alasan kepada ibu bapa kononnya ada aktiviti tertentu seperti menyiapkan tugasan sekolah tanpa memberitahu dengan tepat ke mana mereka pergi.
“Manakala kategori ketiga yang juga boleh dikategorikan lari rumah ialah keluar mengikut orang dikenali seperti kakak atau abang angkat dan sepupu dengan menggunakan alasan sebagai ‘lesen’ untuk tidak pulang selama beberapa hari atau beberapa minggu.
“Kategori keempat ialah remaja lari rumah tanpa diketahui puncanya. Mereka ini biasanya mahukan kebebasan dan hanya pulang ke rumah selepas tempat yang dituju sebenarnya lebih teruk berbanding di rumah terutama menjadi mangsa dera atau dijadikan mangsa seks,”.
Kategori kelima membabitkan kes lebih tegar iaitu remaja terbabit boleh disifatkan sebagai pelari tegar yang lari kerana inginkan kebebasan atau mengikut rakan sebaya dan tidak mahu langsung pulang ke pangkuan keluarga.
Kebanyakan alasan yang diberikan bapa adalah kesibukan di tempat kerja menyebabkan mereka tiada masa menghabiskan masa bersama anak-anak dan sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada pembantu rumah atau isteri yang tidak bekerja.
Ibu bapa di negara ini berkomunikasi dengan anak-anak kurang 30 minit setiap hari menyebabkan jurang antara anak dan ibu bapa terlalu luas mengakibatkan mereka lebih selesa mencari rakan di luar untuk meluahkan perasaan.
Namun, perlu diingat punca utama anak-anak lari rumah kerana kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa dan mereka lebih selesa mencari rakan sebaya di luar untuk berhibur."Jika kasih sayang dan perhatian mencukupi mampu diperoleh di rumah, pastinya gejala lari rumah tidak berlaku kerana kasih sayang antara ibu bapa dan anak terlalu erat,".
Berisiko tinggi jadi mangsa rogol, lacur, bunuh
Remaja lari dari rumah
Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada
masa akandatang. Pelbagai harapan
diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan
negara secara keseluruhannya. Namun pada realitinya,
sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangantentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan
seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini.
Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejalasosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai ceritatentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku
yang kecil mahu pun besar. Ini turut
menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-langkahsewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus
menjadi barah dalam masyarakat Malaysia.
Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan dengan fenomenakeruntuhan akhlak di kalangan
remaja.
Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah
itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan
keluarga? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah lakusedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya
fenomena tersebut?Kadar jenayah dan masalah
sosial yang semakin meningkat, khususnya di kalanganremaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu
bapa yang mempunyaianak-anak yang bersekolah,
tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolahsebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam
pembentukan moral dantingkah laku generasi muda.
Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepadaremaja-remaja yang bertingkah laku sedemikian. Bagi remaja yang melanggar normamasyarakat setempat ini
dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian danapabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih
bersekolah atau remaja bawahumur, mereka dikenali sebagai
delinkuen. Secara umumnya, devian atau delinkuenadalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau bertingkah laku yang
tidak dapatditerima oleh masyarakat.Walaupun pelbagai peraturan dan disiplin telah ditetapkan
oleh pihak sekolah, namun perbuatan salah laku
pelajar tetap berlaku.
Antara masalah yang begitu ketara ialah berkaitan dengan tingkah laku devian dan delinkuen di
kalangan pelajar remaja. Menurutlaporan akhbar, jumlah kes
yang dilaporkan meningkat dari semasa ke semasa tidak mengira kawasan, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar,
pinggir bandar dansebagainya.Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan
kekeliruan, kesedihandan konflik. Oleh itu, adalah
penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja.
Mereka wajar membantu remaja agar
mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif.
Pelajar-pelajar remaja akan mudah terpengaruh dan suka
mengabaikan pelajaran jikatidak dikawal atau kurang
perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yangtidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan
terlibat dengan pelbagai gejala sosial.Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekatdan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),
keluargatelah membentuk personaliti
seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yangamat besar kepada tingkah
laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa.
Aduhai Remaja...Lari dari rumah..
Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan MOHD AMIN JALIL
Berisiko tinggi jadi mangsa rogol, lacur, bunuh
KUALA LUMPUR: Ikut kekasih, pengaruh kawan dan ingin bebas — inilah tiga sebab utama yang dikenal pasti polis sebagai punca utama remaja lari dari rumah, dengan 6,270 kes dicatatkan sejak 2004 hingga Mei tahun ini.
Paling mengejutkan, mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kes mengikut teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur 14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabit iaitu 4,097 orang.
Perkembangan ini seharusnya membimbangkan kerana pada usia masih mentah, golongan terbabit sebenarnya berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah kekerasan, sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh.
Ini kerana, daripada 3,246 kes orang hilang tahun lalu, 71 ditemui mati, begitu juga pada 2005 apabila 71 daripada 4,103 orang hilang ditemui mati, dengan lima disahkan dibunuh.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryll Sani Abdullah Sani, berkata daripada jumlah keseluruhan remaja hilang sejak Januari 2004 hingga Mei tahun ini, 4,237 atau 67.5 peratus sudah pulang ke rumah.
“Bagaimanapun, baki seramai 2,033 lagi tidak dapat dikesan dan ini sangat membimbangkan kerana mereka dikhuatiri terbabit gejala sosial, dirogol, diserang atau ditemui mati,” katanya baru-baru ini.
Acryll Sani berkata, selain mengikut kekasih, pengaruh kawan dan ingin bebas, tiga lagi sebab utama remaja lari dari rumah ialah tidak mahu belajar, mencari pekerjaan dan hubungan tidak baik dengan keluarga.
Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki bulan lalu, Siti Diana Abdul Hamid, dari Senawang, Negeri Sembilan, mengakui dia bertindak tanpa berfikir panjang dan disebabkan terlalu percayakan kekasihnya.
“Saya mengikut teman lelaki ke rumah saudaranya di Rawang dan tinggal beberapa hari. Ketika itu perasaan bercampur baur kerana teringatkan keluarga dan rakan di sekolah.
“Saya ada beritahu padanya (teman lelaki) supaya menghantar saya pulang ke Senawang, tapi dia tidak berbuat demikian, menyebabkan saya terpaksa tinggal beberapa hari,” katanya.
Siti Diana lari dari rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, pada 12 Julai lalu, sebelum ditemui empat hari kemudian selepas berita kehilangannya disiarkan akhbar.
Anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarga ibu tunggal itu kini insaf bahawa perbuatannya tidak memberi faedah untuk masa depan.
“Saya menyesal lari dari rumah kerana terlalu ikutkan perasaan dan berjanji tidak mengulanginya. Asalnya saya pergi ke Rawang kerana hendak jumpa bapa di Kuala Lumpur, tapi nombor telefon bimbitnya bertukar dan tidak dapat dihubungi.
“Saya akhirnya mengikut teman lelaki, tapi kini saya insaf. Guru dan rakan sekelas turut memarahi saya dan saya juga sedar saya menyusahkan ibu dan ahli keluarga. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya.
Ibu Siti Diana, Hashimah Ismail, 47, berkata dia mahu kejadian yang menimpa keluarganya dijadikan pengajaran kepada ibu bapa lain.
Sambil bersyukur anaknya pulang dengan selamat, Hashimah berkata, Siti Diana ditemui di rumah emak saudara teman lelakinya di Rawang dengan bantuan polis selepas anaknya enggan dibawa pulang.
“Ibu bapa tidak boleh bersikap terlalu tegas kepada anak remaja hingga tidak mahu menerima pandangan mereka. Kejadian ini menyedarkan saya, dan diharap dapat diambil iktibar oleh ibu bapa lain,” katanya.
Seorang bapa yang mengalami nasib sama dengan Hashimah, Norzahan Mohammed, 42, kecewa kerana anak pada hari ini lebih mengikut kata hati tanpa memikirkan nasihat orang tua.
Norzahan, dari Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, berkata anaknya, Nor Amira Dayana, 15, baru-baru ini lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki.
“Remaja hari ini, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak fikir apa yang mereka lakukan, malah apabila ditegur, mereka memberontak. Sedangkan kita bertanggungjawab mendidik dan menegur. Jika kita marah sekalipun, ia bukan bermaksud membenci, tetapi mahu mendidik mereka,” katanya.
Nor Amira hilang dari bilik tidurnya ketika ingin dikejutkan ibunya, 5 Ogos lalu, dan meninggalkan sekeping nota: “Jangan cari Mira lagi... Mira tak akan menyusahkan hidup abah dan mama... Anggaplah Mira sebagai anak angkat.”
Norzahan berkata, beberapa hari sebelum kejadian, berlaku selisih faham antara dia dengan anaknya, namun dia tidak menyangka ia membuatkan Nor Amira lari.
Katanya, kehilangan anak sulungnya kali ini yang paling lama kerana sebelum ini dia pernah beberapa kali tidak pulang ke rumah, sebaliknya tinggal di rumah jiran dalam tempoh singkat.
Begitupun, Norzahan bersyukur atas bantuan pelbagai pihak, termasuk akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita kehilangannya, Nor Amira ditemui semula empat hari kemudian.
Dia ditemui di Cheras selepas ditinggalkan teman lelaki di sebuah stesen minyak dalam keadaan sedih.
“Ketika ditemui pekerja stesen minyak, dia menangis dan memberitahu mahu pulang ke rumah. Saya bersyukur dia selamat. Daripada pengalaman ini, saya dapat memahami perasaan ibu bapa yang hilang anak.
“Saya meminta dan berharap remaja hari ini berfikir dulu sebelum buat sesuatu seperti ini dan jangan kecewakan ibu bapa yang selama ini banyak berkorban untuk kita,” katanya.
Sebagai seorang ibu dan guru, fenomena ini amat menggerunkan. Pelbagai usaha dan kaedah dilakukan tapi mengapa kejadian ini semakin menjadi. Harap kerajaan dapat memantau rancangan-rancangan hiburan yang berleluasa di tv, terutama Astro. Pergaulan bebas, hiburan melampau yang ditanam di jiwa anak-anak yang masih kecil, kebebasan berfikir dan memilih (yang melampau) menjadikan anak begitu berani sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar dugaan.
Saya sangat tidak setuju pada beberapa rancangan televisyen yang diacarakan oleh seorang selebriti terkenal tu, walaupun ada juga positifnya untuk membina jiwa berani kepada kanak-kanak, tapi, kalau dari kecil sudah dibiasakan dengan perwatakan orang dewasa, hiburan melampau, cuba bayangkan apabila mereka menjejak sekolah menengah nanti. Mula-mula terikut-ikut, bila dah besar sedikit dibimbangi mereka tidak mahu mengikut nasihat ibu bapa/guru mereka kerana mereka rasa sudah matang berfikir.
Huh, cukup bimbang! Apa tidaknya, kalau tidak berkeras pasti tv dikuasai oleh anak-anak di sekolah rendah untuk menonton rancangan kegemaran mereka lepas satu, satu!
Masalah remaja lari dari rumah semakin berleluasa
Posted on 25 Mac, 2008 by admin
Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.
Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya.
Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri.
Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini. Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya.
Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama alan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.
Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah.
Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka.
Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini menyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosan di hati mereka. Mereka alan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. Akhirnya jika ada rakan- rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa mala mereka alan mengikutnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. Remaja yang sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan mencari pekerjaan. Mereka sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana mereka ingin menikmati kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan, remaja itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian.
Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.
Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.
Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari’ maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. Tindakan berlengah-lengah alan menambahkan kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini. Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini.
Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini.
nice
ReplyDeletetq..:)
ReplyDelete