Followers

Penculikan Dalam Kalangan Remaja


JOM CEGAH PENCULIKAN KANAK-KANAK

APAKAH RISIKO KANAK-KANAK DICULIK ?


Kanak-kanak tanpa mengira umur dari bayi hinggalah ke peringkat remaja boleh diculik di mana sahaja oleh sesiapa sahaja. 


Antara tempat boleh berlaku penculikan ialah seperti taman permaianan, pusat membeli belah, pasar malam , cybercafe , luar kawasan sekolah, di halaman rumah malah di perkarangan tempat ibadah seperti masjid dan kuil.


SIAPAKAH YANG TERBAIK UNTUK MELATIH ANAK-ANAK ?

Ibu bapa adalah mereka yang terbaik untuk mengajar anak-anak langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa penculikan.

Ketahui aktiviti harian anak-anak anda, di mana dia bermain, berjalan-jalan dan sebagainya dan dengan siapa.


APA YANG ANDA PERLU AJAR ?

Beritahu anak-anak anda supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa pentingkan keselamatan diri.

Pastikan anak-anak memberitahu ke mana dia hendak pergi, sekiranya ada perubahan rancangan hendaklah diberitahu segera. Ajar anak-anak anda untuk meminta izin untuk pergi ke mana-mana luar dari rumah.

Anak-anak mesti tahu nama penuh mereka, nombor talipon rumah dan ibu bapa mereka, dan talian kecemasan 999 atau Talian NUR 15999 atau balai polis berhampiran. Pastikan anak anda tidak bermain dengan talian kecemasan.

Paparkan dengan jelas maklumat ini di rumah anda.

Latih anak-anak menggunakan talipon bimbit, talipon rumah dan talipon awam.

Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah pastikan mereka boleh dipercayai dan anda mempunyai salinan lengkap butiran peribadi pembantu rumah anda

Sentiasa berhubung dengan jiran anda sekiranya anak-anak anda ada di rumah jiran anda.

Jangan tinggalkan anak-anak sendirian di pusat membeli belah, panggung wayang, cybercafe atau taman permainan. 


Beritahu anak anda jangan sekali-kali melayan orang yang tidak dikenali yang ingin bertanyakan arah jalan atau sesuatu.

Jangan tinggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta.

Jangan benarkan anak-anak mendekati kenderaan yang pemandu atau penumpangnya mereka tidak kenali.

Pastikan anak-anak memberitahu anda sebelum menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman walaupun dari orang yang mereka kenali.

Pastikan anak-anak anda tidak menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman dari orang yang mereka tidak kenali.

Apabila di rumah pastikan pintu rumah sentiasa dikunci.

Jika ada panggilan talipon dari mereka yang tidak dikenali bertanyakan ada sesiapa di rumah suruh mereka letak talipon segera.

Jangan biarkan anak anda membuka pintu atau tingkap rumah sekiranya ada sesiapa yang tidak dikenali mengetuk pintu walaupun mereka mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis, bomba dan sebagainya.

Kes Penculikan

Pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hinggamenyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatananiaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinankecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabitkesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan kehilangankanak-kanak didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.


Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat telahdisuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang pembaca Utusan

Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut disiarkan kembali surat itu:-
 POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001. Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan kepadamasyarakat secara total. Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian yanglangsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. 

Tiada ibu bapa yang warasmahu membenarkan anak mereka diculik dan diperlakukan dengansewenangnya oleh penjenayah. Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin tinggi sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini. Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan berkurangansedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang sudah cukup bersediadengan pelbagai taktik untuk melakukan kegiatan mereka?  

Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat peluang yangada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka lakukan itu tidakmembawa banyak masalah kepada mereka. Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan kawasan persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan pihak polis dalammenjalankan tugas. 

Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis juga menjadi  faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara yang sama berulang kali. Penjenayah beranggapan bahawa taktik mereka sudah berjaya dan kegiatan mereka seperti sukar dijejak oleh pihak polis. Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak selamat untuk kanak-kanak membesar. 




Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudahberada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat?  Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengankehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa mampurespons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan penduduk. 

Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai ruangyang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka melakukan aktiviti  jenayah. Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkanibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahunatau kedua-duanya sekali, pelbagai masalah tambahan akan timbul. 

Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda makakeluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pulanasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung?  Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan sememangnyasatu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001 yangmenjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan kepada penjenayah yangmelakukannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar.


Remaja Hamil Rancang Penculikan

Remaja Hamil Rancang Penculikan
SHAH ALAM – Perbuatan seorang remaja dipercayai mempermainkan perasaan ibu bapanya dengan mendakwa diculik terbongkar selepas dia ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Taman Danau Kota, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ibu kepada remaja berusia 19 tahun itu membuat laporan polis selepas mendengar jeritan kecemasan anaknya dalam telefon.
Mohd Adnan berkata, ibunya menghubungi melalui telefon bimbit selepas anaknya tidak pulang ke rumah dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan terde­ngar jeritan itu.
Bagaimanapun, berdasarkan siasatan awal, remaja itu disyaki merancang penculikan sendiri dan dia sebenarnya melarikan diri bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya, berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran.
Mohd Adnan berkata, berdasarkan susuk tubuh, gadis itu dipercayai hamil, bagaimanapun polis masih menunggu laporan perubatan terhadapnya.
Dalam pada itu Mohd Adnan berkata, masalah ke­luarga dipercayai jadi punca remaja tersebut merancang penculikan sendiri itu.
Menurutnya, remaja berkenaan dipercayai mengadakan cerita dia diculik dengan meninggalkan barang-barang miliknya di tepi jalan konon sebagai bukti.
“Mangsa dalam keadaan baik ketika serbuan dan dipercayai hamil. Kes disiasat me­ngikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, kita dapati ia bukan kes culik tetapi siasatan tetap diteruskan dengan melihat kesalahan mereka yang terlibat dalam kes ini. Hasil siasatan akan diserahkan kepada Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, semalam.
Mohd Adnan berkata, pelayan restoran dipercayai kekasih remaja itu direman untuk siasatan sementara gadis tersebut diserahkan kepada ahli keluarganya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, orang ramai ja­ngan sesekali mengadakan cerita berunsur jenayah penculikan seperti itu kerana akan memberi tekanan kepada pengadu dan keluarga.

Remaja Malaysia bersama UNICEF untuk kempen A.S.A.P 4 Children


Para remaja berkempen untuk menjadikan kawasan Lembah Klang lebih selamat untuk kanak-kanak.


KUALA LUMPUR, 3 Mac 2008 – Satu pasukan dinamik yang terdiri daripada remaja-remaja Malaysia kini menggunakan bakat dan komitmen mereka dengan Tabung Kanak-kanak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) untuk Kempen A.S.A.P. 4 Children yang membawa mesej-mesej keselamatan kanak-kanak di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ia marupakan hasil pemikiran 31 orang pelajar semester ke-empat dari Kolej Taylor, Fakulti Kewartawanan, Pengiklanan, dan Hubungan Awam, iaitu “Abduction: Social Alert Project 4 Children”merupakan sabuah kempen yang telah diadakan selama sebulan setengah sebagai maklumbalas terhadap peningkatan kes-kes penculikan kanak-kanak yang telah memberi kejutan kepada negara ini.

“Kita telah memilih tema 'Penculikan Kanak-kanak' kerana terdapatnya peningkatan keganasan yang mendadak terhadap kanak-kanak di dalam masyarakat. Ibu bapa bukan sahaja merasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka, tetapi masyarakat secara keseluruhan amat bimbang dengan peningkatan keganasan di kawasan di mana kanak-kanak bermain dan tinggal,” kata pengurus kempen ini, iaitu Fareeza Ilyana, 20 tahun yang mengambil kursus hubungan awam.

Tidak lama dulu, mayat Nurin Jazlin yang telah didera, yang berumur lapan tahun telah ditemui di dalam sebuah beg. Gadis kecil yang cantik ini telah diculik kepada berjalan di sekitar pasar malam berdekatan dengan rumahnya. Nasib malang yang ditimpa Nurin ini bukanlah yang pertama, seperti yang telah terbukti tidak berapa lama selepas itu, dan bukannya yang terakhir dari beberapa siri penculikan kanak-kanak yang telah memberi kejutan di negara ini.

Pada awal bulan Januari 2008, seorang budak perempuan yang berumur enam tahun telah diculik berdekatan dengan rumahnya di Taman Medan setelah berjaya dipujuk dengan janji-janji untuk bermain dengan kucing dan burung oleh seorang lelaki yang bermotosikal. Tetapi dia bernasib baik, kerana dia telah dilepaskan tiga jam kemudian di kawasan Wangsa Maju. Namun begitu, Sharlinie Mohd Nashar pula yang telah diculik selepas itu dan kini masih hilang.

Wakil UNICEF Malaysia En. Youssouf Oomar mengalu-alukan inisiatif remaja ini sebagai maklumbalas yang amat berharga untuk mengatakan tidak kepada keganasan terhadap kanak-kanak.

“Kempen ini amat penting, terutama sekali kepada UNICEF dan kerja-kerja yang kami lakukan untuk kanak-kanak. Ia memang suatu yang membanggakan apabila golongan muda sendiri telah mengambil langkah untuk bersuara dan bertindak untuk program-program bagi diri mereka sendiri dan kanak-kanak,” terang En. Oomar. “Tidak ada yang lebih bermakna kepada UNICEF daripada melihat golongan muda melibatkan diri di dalam isu-isu yang memberi kesan kepada mereka.”.

Kempen A:S.A.P. 4 Children akan menggunakan sepenuhnya aktiviti-aktiviti yang interaktif dan seronok untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan diri yang asas serta pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dikalangan keluarga tentang kepentingan tahap keselamatan yang lebih tinggi untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kempen ini termasuklah:
  • Buku cerita mewarna “Bahaya Orang yang Tidak Dikenali”(Stranger Danger) untuk mengajar kanak-kanak tentang keselamatan diri mereka. Buku ini akan diedarkan di pameran Smart Kids di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 21 – 23 Mac 2008.

  • Program The Kindergarten Adoption akan membawa‘roadshow’ keselamatan kanak-kanak di lima buah taman didikan kanak-kanak di daerah Petaling Jaya.

  • Blog rasmi A:S.A.P 4 Children(http://www.asap4children.blogspot.com/) adalah bertujuan untuk menggerakkan maklumbalas yang positif daripada orang ramai untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di dalam masyarakat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Utusan Malaysia telah memberi sokongan kepada acara ini sehingga kini dengan menerbitkan 1,000 buah naskhah buku cerita mewarna tersebut secara percuma untuk diedarkan kepada orang ramai.

Fareeza yang amat bimbang dengan situasi ini percaya bahawa semua orang, termasuklah golongan muda mempunyai peranan yang boleh dimainkan di dalam menghentikan sikap tidak peduli terhadap keselamatan kanak-kanak yang mungkin masih wujud di dalam masyarakat masa kini.

“Kita tidak boleh mengambil ringan terhadap keselamatan kanak-kanak. Kita perlu mendidik orang ramai tentang amalan asas keselamatan kanak-kanak dengan segera.Ini termasuklah mengetahui di mana anak anda berada setiap masa, begitu juga dengan mereka yang berhubungan dengan anak anda,” tambah Fareeza.

No comments:

Post a Comment