KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin.
Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.
Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu.
“Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Keluarga Punca Anak Terjebak Dengan Dadah - MSTAR 23/1/2010
Mohd Yunus Pathi , Presiden Pengasih
KUALA LUMPUR: Keluarga adalah faktor utama ramai golongan muda kini terlibat dengan dadah, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Mohd. Yunus Pathi.
Menurutnya, ibu bapa yang lebih suka mendesak anak-anak untuk mengikut kehendak mereka adalah sebab utama golongan remaja berpaling kepada rakan-rakan sebaya jika berdepan dengan masalah.
“Ramai ibu bapa tidak memberi ruang privasi kepada anak-anak dan sering kali memaksa mereka untuk membuat sesuatu.
“Keperluan dan kehendak remaja perlu diberi tumpuan agar mereka berasa dihargai atau mereka akan mencari alternatif lain sehingga dipengaruhi gejala negatif termasuk dadah,” katanya kepada mStar Online di Rumah Pengasih di sini semalam.
Tambah Mohd. Yunus, ibu bapa perlu memahami situasi anak-anak dan mengambil tahu masalah yang dihadapi agar mereka dapat berbincang mengenainya secara terbuka.
"Komunikasi antara anak dan ibu bapa penting bagi mengatasi sebarang isu yang dihadapi,” jelasnya.
Beliau sering menitik beratkan cara-cara mendidik anak sejak kecil lagi dalam setiap seminar dan kempen anti dadah yang diadakan.
“Lazimnya kebanyakan daripada remaja yang terlibat dengan dadah di Rumah Pengasih mengadu tidak dapat berbincang masalah secara terbuka dengan ibu bapa mereka.
“Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang di rumah dan memastikan anak-anak sedar kenapa peraturan tersebut dilaksanakan agar mereka belajar untuk menanggung akibatnya kelak,” katanya.
Sementara itu, kata Mohd. Yunus, ada segelintir ibu bapa dikatakan menggalakkan anak masing-masing terus terlibat dengan dadah daripada tampil ke depan kerana malu dengan masyarakat.
Jelasnya, tanpa disedari perbuatan ibu bapa terbabit sebenarnya merosakkan masa depan anak-anak mereka.
“Ramai ibu bapa malu kerana sikap anak-anak dan lebih rela menyembunyikan tabiat mereka dari datang mendapatkan bantuan daripada persatuan-persatuan yang berkaitan,” katanya.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar tidak berputus asa dan tidak panik apabila mendapat tahu anak-anak mereka terlibat dengan najis dadah.
“Pertamanya, mereka perlu tahu cara-cara mengawal anak dan seterusnya perlu mencari jalan penyelesaian tanpa melengahkan masa.
“Ini penting kerana dadah-dadah sintetik kini yang terdapat di pasaran akan memudaratkan sistem saraf berbanding dengan dadah-dadah tradisional seperti opium dan heroin,” tambahnya.
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja yang disyaki memecah masuk kediaman tidak berpenghuni milik seorang kontraktor di Kampung Palas Bukit Payung, Marang dekat sini tengah malam semalam, menerima padah apabila dia cedera terkena peluru penabur akibat tembakan yang dilepaskan pemilik rumah itu. Remaja berusia 18 tahun, yang didapati positif dadah dan cedera di kaki itu ditahan polis di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian pada jam 7.30 malam semalam.
"Selepas pemeriksaan dijalankan, terdapat tiga biji peluru penabur pada kaki suspek dan dia kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 12.15 tengah malam semalam, remaja terbabit bersama seorang lagi rakannya disyaki memecah masuk rumah kontraktor berusia 56 tahun itu ketika lelaki itu berada di sebuah lagi rumahnya di Kampung Binjai Bongkok, Marang.
"Kontraktor itu menerima panggilan telefon dari orang kampung mengenai kejadian itu dan beliau bersama empat lagi rakannya terus ke kediaman keduanya itu dengan berbekalkan sepucuk senapang patah miliknya.
"Kontraktor yang mempunyai lesen senjata api itu melepaskan tembakan apabila ternampak dua lelaki melarikan diri ke belakang rumah," katanya.
Beliau berkata, polis mengenalpasti seorang lagi rakan suspek dan kini melancarkan gerakan mencarinya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Sejata Api dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh, katanya.
Manoharan menasihatkan orang ramai yang mendapat maklumat mengenai kejadian jenayah supaya menghubungi polis dan tidak mengambil tindakan sendiri. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU – Kegiatan mengedar pil kuda dipercayai mula meresap dalam kalangan remaja di negeri ini yang menjadikan aktiviti mengayuh basikal fixie secara beramai-ramai sebagai aktiviti riadah mereka.
Lebih menakutkan, individu yang tidak bertanggungjawab itu turut dikatakan sudah masuk ke dalam kumpulan remaja terbabit dan kini dikatakan cuba merekrut remaja berkenaan untuk meluaskan perniagaan haram itu.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr A Rahman Mokhtar dalam acara bicara santai anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di sini.
Majlis turut dihadiri Pengarah AADK Terengganu, Wan A’ddenan Wan Mohd Noor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid.
Menurut A Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) negeri, aktiviti menjual dadah itu memberi keuntungan cepat, jadi tidak hairanlah jika ada pihak cuba ambil kesempatan merekrut remaja itu untuk meluaskan bisnes mereka.
“Oleh sebab perniagaan haram ini sangat menguntungkan mereka akan cuba pelbagai cara dan mereka nampak peluang remaja berkumpul ramai-ramai mengayuh basikal fixie ini (pula) sebagai sasaran baru (mereka),” katanya.
A Rahman berkata, perkara itu disampaikan oleh remaja yang terlibat dengan aktiviti berkenaan, namun beliau tidak tahu setakat mana tindakan yang dilakukan oleh pihak polis berhubung perkembangan itu.
“Sebelum perkara ini menjadi serius (kita) harap ibu bapa, masyarakat dan pihak yang berkenaan segera mengambil tindakan kerana aktiviti berbasikal ini kita sangat galakkan bagi membendung kegiatan samseng rempit (jalan raya).
“Tetapi jika kegiatan ini turut dipengaruhi kegiatan pengedaran dadah, ia akan membuat masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini semakin teruk,” katanya.
Sementara itu, menurut Superintendan Roslan Abd Wahid, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan perkara itu dapat dibendung lebih awal.

KULIM - Penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di Taman Kempas dekat sini, berjaya mengesan aktiviti seorang pengedar dadah.
Remaja terbabit ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Hasil siasatan, dia didapati dalam perjalanan berjumpa pengedar dadah berkenaan di sekitar kawasan Air Merah.
Peluang terbabit digunakan polis sebaiknya dengan mengatur pertemuan remaja yang ditahan dengan pengedar dadah itu di sebuah stesen minyak di sini kira-kira jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, setelah menunggu hampir 10 minit, pihaknya melihat kelibat sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki berkeliaran di sekitar kawasan belakang stesen minyak itu sebelum menghampiri remaja berkenaan.
“Tindakan pantas polis memegang motosikal suspek membuatkan dia terkejut. Dia kemudianya mencampakkan motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggangnya sebelum melarikan diri. Polis bersama sebuah kereta kemudiannya memintas di hadapan suspek sebelum terjatuh. Suspek bangun dan cuba melarikan diri, bagaimanapun kepantasan polis memintas suspek dengan kereta kali kedua mengakibatkan suspek terjatuh tersembam di atas jalan raya,” katanya.
Menurutnya, dari siasatan awal dibuat mendapati suspek mengaku menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lalu.
“Polis turut menemui dua plastik lutsinar yang mengandungi bahan ketulan dipercayai dadah dan wang lebih RM500. Dia dan remaja terbabit kemudiannya diarahkan menjalani ujian air kencing di Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan mendapati mereka berdua positif dadah,” katanya.
Kes berkenaan akan disiasat di bawah seksyen 15(1) akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan Seksyen 12(2) kerana memiliki dadah.
No comments:
Post a Comment