PEMBUANGAN BAYI
Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.
Koleksi Berita Buang Bayi (ke 39 pd 14/11/2011 “Bayi di parking kereta Klinik”)
Bayi lelaki ditemui dibuang
ALOR SETAR 14 Nov. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar, di sini hari ini.Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang wanita yang melalui kawasan tersebut pukul 12 tengah hari, sebelum menyerahkannya kepada Klinik Kesihatan Alor Setar di sini.Jururawat yang enggan dikenali berkata, ketika ditemui, si kecil tersebut dibalut dengan tuala.
“Bayi itu telah diberi susu dan kami menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, siasatan polis percaya bayi itu yang berketurunan Melayu baru dilahirkan kira-kira empat jam lalu.“Bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya sambil memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Suspek wanita kes buang bayi masih ditahan
KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Polis masih menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes bayi masih hidup ditemui dalam tangki air pam tandas di sebuah rumah sewa di Kemaman awal pagi Jumaat lalu.Suspek yang dipercayai ibu kepada bayi itu perlu ditahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, ketika ini, polis memerlukan masa untuk menyoal siasat wanita berusia 23 tahun itu berikutan keadaannya yang masih lemah.
“Kita akan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat soal siasat terhadap wanita berkenaan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa di Kemaman kira-kira pukul 3 pagi pada Jumaat lalu.Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek.Difahamkan, bayi itu kini stabil dan mungkin akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dipelihara.
Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, semalam. |
KUALALUMPUR 3 Okt. – Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini.Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.
Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.
“Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.“Tiada siapa mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran termasuk empat pekerja Indonesia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.
“Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.
“Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.“Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah,” ujarnya yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan lalu.
Mutakhir ini kita sering digembar-gemburkan dengan kes pembuangan bayi yang kian menular . Kes buang bayi ini seakan-akan telah menjadi satu rutin bagi pihak akhbar-akhbar dalam melaporkan kes. Hampir setiap hari kes buang bayi ini tertulis di dada-dada akhbar sehinggakan ianya menjadi satu gejala yang biasa di kalangan masyarakat sekarang. Ini merupakan satu penghinaan kepada bayi yang merupakan sesuatu anugerah dari Tuhan. Kes-kes ini makin hari menjadi semakin kejam. Pada mulanya dicampak ke hutan, kemudian di tong sampah, longkang sehinggakan ke lubang jamban sekalipun masih ada mereka yang sanggup untuk melakukannya demi mengelak dari suatu tanggungjawab menimpa ke atas mereka yang akhirnya menjadi sesuatu azab bagi mereka yang bergelar bayi.
Antara Zaman Jahiliah Dengan Zaman Moden
Jika diikutkan dengan kekejaman zaman jahiliah, berlaku juga kes-kes pembuangan bayi. Namun kes buang bayi pada zaman jahiliah hanya berlaku pada bayi perempuan oleh kerana pada ketika itu bayi perempuan dianggap sebagai pembawa malang atau memburukkan nama keluarga mereka. Namun pada zaman moden tidak begitu. Pembuangan bayi berlaku dengan begitu dasyat lagi tanpa mengira jantina. Mereka membuang bayi hanya kerana tidak ingin mengambil tanggungjawab sebagai ibu bapa ataupun ingin menutup aib oleh kerana mereka telah melakukan zina hingga terhasinya anak haram ini. . Jika zaman jahiliah, mereka jahil disebabkan tiadanya ilmu atau lebih dikenali dengan perkataan buta huruf, tetapi masyarakat sekarang, mereka bukan sahaja celik ilmu, malah dibimbing untuk menjauhi perkara-perkara yang haram, akan tetapi masih lagi berlakunya kes pembuangan bayi. Ini tidak lain menunjukkan bahawa masyarakat sekarang telah kembali ke zaman jahiliah ataupun lebih teruk lagi daripada zaman jahiliah
Penularan Kes Buang Bayi
Kes buang bayi makin hari menjadi makin membimbangkan. Kadar peningkatan kes buang bayi akhir-akhir ini menunjukkan satu kadar peningkatan yang dasyat. Dari satu tahun ke satu tahun, kadar peningkatan jenayah buang bayi ini telah meningkat dua kali ganda hingga menjadikan kes buang bayi antara kes yang paling kritikal berlaku di Malaysia. Menurut statistik yang dilaporkan oleh jabatan masyarakat (JKM), sejumlah 50 kes jenayah buang bayi dicatatkan sepanjang januari hingga september 2008 dengan pasangan melayu mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak 36 kes. Jika diikukan dari data kes pembuangan bayi diantara tahun 2004 hingga tahun 2006, kes ini telah mencecah angka 228 kes dan selangor telah menjadi negara yang paling tinggi kesnya dengan mencatatkan angka 65 kes daripada 228 kes. Ini bukan lagi satu angka yang mampu untuk membuatkan kita lega, tetapi angka ini adalah satu angka yang besar dan ianya perlu diberi perhatian sepenuhnya. Statistik yang diperolehi ini hanya diambil dari kes-kes pembuangan bayi yang dilaporkan, namun berapa banyak pula kes-kes pembuanga bayi yang tidak dilaporkan ataupun yang tidak dapat dikesan dan bagaimana pula kes-kes pengguguran bayi yang dilakukan oleh penjenayah ini di klinik-klinik swasta ? Hanya Allah yang mengetahuinya.
Masalah buang bayi ini dilihat kebanyakkannya dilakukan oleh para remaja. Jarang sekali kita melihat mereka yang sudah berumur bertindak sesuatu yang sekeji ini. Remaja-remaja yang melakukan kebanyakkannya terdiri dari mereka-mereka yang belum berkahwin. Hasil daripada perlakuan zina pasangan-pasangan tersebut yang akhirnya membuatkan terbentuknya bayi-bayi hasil dari persetubuhan haram. Bayi ini akhirnya dicampakkan di longkang-longkang dan hutan-hutan terbiar. Oleh kerena tiada ikatan perkahwinan, maka sukar untuk pasangan masing-masing melahirkan rasa tanggungjawab sesama mereka. Ini menyebabkan pasangan perempuan menjadi panik dan tidak dapat terima tanggungjawab sebagai seorang ibu, lalu dengan membuang bayi merupakan jalan singkat untuk melepaskan diri dari tanggungjawab tersebut. Justeru, Untuk membanteras kes pembuangan bayi ini samalah juga seperti pembanterasan kes-kes zina oleh kerana zina merupakan kunci utama kepada masalah pembuangan bayi. Pesanan pihak ISIUKM kepada sahabat-sahabat sekalian agar jauhilah zina kerana zina itu adalah satu perbuatan yang sangat dibenci Allah dan banyak mendatangka mudharat kepada diri mahupun pasangan masing-masing.
Bayi yang dibuang dari tingkat 5
Gambar bayi dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, MasyaAllah apa nak jadi manusia zaman sekarang, sanggup mencampak bayi yang masih bernyawa tanpa perikemanusiaan…..Rasa tersentuh hati ini, melihat gambar bayi ini, dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima.. sungguh kejam pelaku ini…… binatang pun pandai melindungi anak sendiri.. inikan manusia, yang mempunya hati dan perasaan sanggup bertindak kejam.
Bayi tidak berdosa… tolongla lindungi mereka… jangan buang atau berbuat kejam seperti ini….
good article attached with Fact :) all the best ..
ReplyDeletethanks ni..
DeleteIt's a good effort in letting know people how horrible is this case. Supporting articles are enough to make it clear that this case is growing in Malaysia. Good Luck :)
ReplyDeletethanks gal..!!
Delete