Followers

Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan Kanak-Kanak

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.
Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.

Mangsa Penderaan!!! ::.


PETALING JAYA: Penjenayah yang mempunyai masalah mental dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin.

Penjenayah gila itu sanggup melakukan penderaan seksual melampau terhadap mangsa yang identitinya belum dikenal pasti.
Laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur malam kelmarin, mendapati kemaluan dan duburnya terdapat kesan tusukan terung dan timun.
Ini mungkin menyebabkan bahagian dalam abdomen cedera teruk hingga membawa kematiannya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, menyerahkan kepada media wajah kanak-kanak malang itu untuk dikenal pasti keluarga dan saudara-maranya

Kanak-kanak berusia 18 bulan dibunuh


 K. Haresvarran dibunuh oleh suami kepada penjaga beliau (Babysitter). Berita tentang kes ini boleh dibaca di pelbagai Surat Khabar ‘Online’. Bayangkan, baru umur 18 bulan, beliau didera sehingga mati, laporan bedah siasat melaporkan bahawa 6 tulang dada (ribcage) beliau remuk dan pelbagai tanda-tanda lebam di badan mangsa. Ini memang tindakan manusia tiada akal! Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut malam nya.

Punca Penderaan

  • Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
  • Apabila ibu bapa yang pendera “abusive” gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima “meresapkan” segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
  • Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.

Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.


Kisah Syafia Humairah Sahari

Kisah Syafia Humairah Sahari, kanak-kanak tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan telah berlalu. Sebelum ini, kisah penderaannya tersiar di dada-dada akhbar dan nyata menyayat hati kita yang melihatnya. Usah dibayangkan betapa dahsyat penderitaan yang dialami anak kecil yang tidak berdosa ini di kala akhir hayatnya kerana bukan kita yang mengalaminya. Segala-galanya hanya dirasai Syafia yang kini telah aman di dalam pusara!
Semalam, pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan agar pihak media berhenti dari menyebarkan lagi berita mengenai kes Syafia. Mungkin masyarakat dan kita harus sedar kisahnya sudah berakhir sebagaimana berakhirnya riwayat Syafia di tangan seorang lelaki yang kononnya menjadi kekasih dan ‘suami’ kepada ibunya. Ia juga bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa dalam mengumpul bahan bukti dan tidak mengganggu proses pendakwaan yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Selepas beberapa siri pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kes Syafia menjadi pelengkap kepada keruntuhan institusi keluarga Melayu di negara kita. Seperti ada yang tidak kena kerana kebanyakan kes-kes ini bermula daripada pembentukan keluarga yang tidak seimbang.

Syafia menjadi mangsa ketika dia hadir di dalam sebuah keluarga pincang dan kesudahannya, riwayat kanak-kanak ini berakhir sebelum sempat mendapat simpati sesiapa. Kes Syafia menjadi saksi betapa hari ini nilai keinsanan semakin menipis dari hati manusia. Apabila institusi kekeluargaan tidak lagi berpaksi kepada kebaikan, segala kemungkinan yang buruk boleh terjadi. Dan malang sekali, apabila kanak-kanak dan bayi adalah individu yang paling terdedah kepada akibat buruk seperti dibuang, dibunuh atau didera.

Banyak sekali versi cerita yang disiar akhbar termasuk penduduk kampung tertipu tentang status perkahwinan mereka, ibu Syafia berdolak dalik memberi fakta, ada bukti Syafia pernah didera; dan datuk dan nenek Syafia sudah menaruh curiga, namun semua kenyataan dan bukti itu sudah terlewat. Tiada sesiapa mengambil tindakan sepatutnya sehingga Syafia terpaksa redha dengan seksaan yang diterima.

Lebih menyedihkan, hayat-hayat terakhir Syafia didera teman lelaki ibunya di kawasan terbuka dan sudah pasti banyak mata yang menjadi saksi. Minit-minit terakhir itu bukanlah ‘drama’ untuk tontonan orang awam dan anak kecil yang tidak berdaya itu tidak mendapat bantuan sesiapa walaupun ramai yang menyaksikan dia dipukul dengan kejam. Mengapa jadi begitu? Apakah tidak ada sesiapa yang berani ke hadapan untuk menegah lelaki tersebut daripada terus memukul, menyepak anak kecil itu hatta kalau yang dipukulnya itu adalah anaknya sendiri? Tegakah kita melihat si kecil itu terus-terusan dibelasah? Kenapakah tidak ada seorang pun daripada sekian ramai yang melihat mahu menarik dan menyelamatkan anak kecil itu dari kerakusan kaki seorang lelaki yang tidak berhati perut. Apakah ia sebuah sandiwara percuma? Layak ditonton sahaja? Mana perginya sifat keprihatinan masyarakat kita? Tiada lagikah semangat tolong menolong yang suatu ketika dahulu cukup sinonim di dalam masyarakat kita? Kembalikan semula semangat tolong menolong dan ambil peduli kerana inilah yang membantu kita membendung segala macam permasalahan sosial yang semakin hari semakin meruncing.

Itu belum lagi dikira soal kepatuhan kepada agama. Ibu Syafia dan teman lelakinya sudah tinggal bersama sejak beberapa tahun. Bersekedudukan sudah jelas haram tetapi mengapa dihalalkan oleh ahli keluarga? Kalaulah agama didahulukan…pastinya hari ini, adik Syafia masih lagi ada peluang bermain dengan abang dan adiknya yang kini sarat menahan kerinduan. Dan jika benar agama menjadi pegangan, kanak-kanak comel ini tidak akan kaku di dalam balutan kain kafan!
Sesungguhnya, kematian Syafia adalah satu tragedi. Kematian tragis Syafia di dalam sebuah masyarakat yang aman dan terkenal dengan budi bahasa yang tinggi seolah satu tamparan yang hebat buat kita. Berhentilah menuding jari menyalahkan pihak itu dan ini. Yang pasti, tidak lama lagi kebenaran pasti terbukti dan semoga mereka yang melakukan kezaliman ini menerima hukuman yang setimpal. Meski hiba dan kesal kita menggunung tinggi, redhakanlah pemergian Syafia, anak kecil yang tidak berdosa. Doa buat arwah Syafia, tiada siapa lagi yang boleh menyakiti kerana pastinya dia kini sudah bahagia di sisi Yang Maha Mengasihani!

Kita yang masih hidup perlu renungi rentetan kisah ini dan mengambil iktibar kerana ia wujud dari kepincangan sebuah institusi kekeluargaan. Kita perlu ingat bahawa kita tidak diuji dengan kemusnahan alam tetapi kita diuji dengan kemusnahan dan keruntuhan akhlak dan masalah sosial masyarakat kita yang semakin hari semakin meresahkan.

Hentikan penderaan kanak-kanak

Salam semua, sedihkan bila kes penderaan kanak-kanak tak pernah ada hentinya, sedih sungguh melihat kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab! mereka kanak-kanak yang sangat lemah, mengapa mereka di perlakukan sedemikan?
penderaan kanak-kanak
See sangat tergamak buat macam kat atas tu, nak letak gambar budak kena dera macam tak sampai hati pulak, sedih sangat tengok. perkara buruk nie harus cepat di bendung kalau tidak semakin berleluasalah ianya.
penderaan kanak-kanak
Jangan biarkan penderaan kepada kanak-kanak atau terhadap sesiapa pun menjadi budaya di negara ini kerana kita ada undang-undang dan mereka yang terlibat sepatutnya dihukum dan harus di hadapkan ke muka pengadilan, kanak-kanak ini mesti mendapat pembelaan, harus ada kempen besar-berasan untuk membanteras gejala ini.


So bagaimana caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak ini??
  • Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
  • Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor
  • Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran
  • Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran
unicef
Marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan menghentikan penderaan kanak-kanak ini, sesungguhnya mereka adalah insan kerdil yang tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment